Thursday, February 26, 2009

Kisah

Kisah bermula dari lorong hingga ke jalan besar lebuh raya. Ini cerita bukan drama, bukan action tapi ia sekadar cerita yang dikatakan sebagai penghibur duka lara. Kisah bermula, pada suatu hari yang dingin diseliputi awan yang bergerak mengikut angin bertiup. Bangun pagi seperti biasa, rutin harian yang berjalan seperti biasa. Bagai suatu yang indah akan berlaku. Ku bangun "mengeliat" kan tubuhku yang kaku semasa tidur. Menghirup udara di waktu pagi. Bagaikan berada di dalam hutan yang dihiasi bunyi- bunyian serangga dan haiwan di pagi hari. Berjalan ke bilik air, mengambil wuduk untuk sembahyang subuh. "tup tap tup tap" selesai solat subuh. Ku berjalan pula ke dapur ku ambil kunci kereta dan terus mengajak adik ku ke sekolah. Kerana rutin aku pada waktu pagi adalah menghantar adik ku ke sekolah yang hantar 10 minute berjalan kaki. Ku berjalan menuju ke kereta, ku masuk, ku duduk, ku masukkan kunci kedalam ruangan kunci, ku hidupkan engine kereta, ku pasang radio, ku tunggu! ku tunggu adik ku masuk ke dalam kereta pula. Ku tekan cluth, ku masuk gear 1. ku gerakkan kereta menuju ke sekolah adikku. tiba di sana, menurunkannya lalu ku pecut ke rumah. Tiba di rumah ku masuk ke dalam bilikku. Ku buka laptopku, sarapan setiap pagi ku. Lalu ku buka Utusan. Ku baca ruangan Berita Utama, lagi ku baca ruangan dalam negeri, lagi ku baca ruangan luar negara, lalu ku baca pula ruangan business. Tiada yang menarik melainkan isu hangat. Lalu ku surf facebook dan myspace. Juga sarapan pagi yang sungguh enak, menanti comment2 dan message dari member2 ku. Tapi kebelakangan ini hampa. Hampa kerana tiada yang mengerti erti sahabat. Lalu ku log out kesemuanya. Lalu ku mengambil towel dan terus ke bilik air. Lalu ku bersiap utk ke kelas. Bersiap aku untuk ke kelas lalu ku kembali ke dapur semula untuk mengambil kunci kereta ku. Lalu ku menuju ke kereta ku. Ku masuk, ku duduk, ku masukkan kunci kedalam ruangan kunci, ku hidupkan engine kereta, ku pasang radio lalu ku masukkan gear untuk mengerakkan kereta ke kelas. Persimpangan ke jalan, ke bangunan ke lebuh raya, ke jalan kampung, ke lorong2 kecil, turun naik bukit, selekoh kambing, lalu ku sampai di perkarangan tempat belajar ku. Ku bergegas menuju ke kelas mengikut jadual. Tiba di kelas menanti lecturer tiba di kelas pula. "tup tap tek tok" kelas tamat dengan ilmu yang baru. ku menuju ke kereta semula dan pulang ke rumah. Sementara ke kelas yang di atur di dalam jadual pula. Kisah ini tiada penghujungnya, lalu ku terus2 dan terus melakukannya tanpa rasa buhsan dan jemu, santapan mengenyangkan lalu ku fikir2 untuk menempuhi masa depanku. Rasa lega dan hibur belum sampai waktunya. Lalu ku berfikir dan berfikir apa yang akan terjadi selepas itu. Nanti dan nanti bukan jawapannya, hanya doa dan lindungan-Nya moga sentiasa di sampingku. Harapan moga sentiasa mudah untuk masa depan, sentiasa murahkan rezeki dan harapan sentiasa di lindungi-Nya mahupun di akhirat. AMIIINNNNN

Tuesday, February 17, 2009

Creating and Developing

By YOURSELF. Good judgement without prejudice.